JADUAL YURAN
- Tempat anak anda disahkan setelah menerima borang pendaftaran yang lengkap diisi beserta dengan yuran pendaftaran & yuran untuk bulan semasa.
- Yuran jagaan harian dan yuran pengangkutan hendaklah dibayar terlebih dahulu pada permulaan bulan atau sebelum hari ke-5 setiap bulan. Semua yuran yang dibayar tidak akan dikembalikan / ditukar milik.
- Jika kehadiran anak anda adalah kurang daripada 12 hari pada bulan tersebut, yuran akan dikira mengikut kadar harian.
- Jika anda mengambil anak-anak selepas 7 petang. Satu bayaran lewat sebanyak RM10 akan dikira untuk setiap 1 jam (terkumpul).
- Semua jenis pembayaran akan dikeluarkan resit, sila maklumkan kepada pengusaha jika resit tidak diterima.
- Pihak Taska berhak untuk membuat perubahan kepada Jadual Bayaran.