Berikut Adalah Peraturan Taska
Waktu Operasi
Taska dibuka mengikut jadual berikut:-
Isnin hingga Jumaat : 7:00 pagi hingga 7:00 petang
Sabtu 8:00 pagi hingga 2:00 petang
Ahad Tutup
Taska akan ditutup pada Sabtu pertama setiap bulan)
Barangan Keperluan
Ibu bapa bertanggungjawab untuk membekalkan barangan berikut untuk anak mereka.
- Lampin - 6 keping
- Pakaian - 4 pasang.
- Beg untuk pakaian kotor
- Wipes untuk bayi
- Minyak Bayi & krim losyen
- Gel mandian dan syampu
- Tuala mandi
- Susu & botol.
- Bantal dan alas tidur.
- Beg plastik untuk baju kotor
- Ibu atau bapa atau penjaga hendaklah menulis nama atau label nama kanak-kanak dalam semua barang-barang peribadi milik anak anda kerana kami tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kerosakan atau kehilangan barang-barang.
- Tulis sukatan susu / makanan tambahan.
- Jika kanak-kanak perlu mengambil ubat-ubatan dalam tempoh yang dinyatakan, sila maklumkan kepada kami.
- Barangan yang hampir kehabisan seperti susu, lampin pakai buang, sabun mandi, syampu hendaklah dibekalkan dengan segera.
Perhatian.
- Perkara yang tidak boleh dibawa oleh kanak-kanak seperti telefon bimbit, tablet, barang kemas, barang mainan, wang tunai ke Taska.
- Ini untuk mengelak daripada barangan tersebut menjadi rebutan, hilang ataupun berlaku kerosakan ke atas barangan tersebut.
- Pihak Taska tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kerugian.
Pemakanan
- Kami hanya menyediakan makan tengah hari dan minum petang. Harap ibu bapa membekalkan sarapan pagi contohnya roti atau kuih. Jika anak anda mempunyai sebarang alahan makanan atau lain-lain keperluan pemakanan khas, sila maklumkan kepada kami.
- Jika anda sedang menyusukan anak anda, sila maklumkan sukatan dan diharap ibu dapat membekalkan bekalan susu secukupnya mengikut keperluan bayi anda.
- Kanak-kanak tidak dibenarkan membawa junk-food (makanan ringan) ke Taska.
Kecederaan dan kecemasan.
Kami akan berusaha untuk memastikan keselamatan anak anda setiap masa, walau bagaimanapun kami tidak dapat menjamin bahawa kemalangan tidak akan berlaku.
Dalam kes kecederaan serius akibat kemalangan yang melibatkan anak anda, anda akan dihubungi dengan segera. Jika tidak dapat dihubungi, anak anda akan dibawa ke klinik atau pusat perubatan terdekat.
Keselamatan
- Pintu/grill akan sentiasa ditutup/dikunci bagi mengelakkan anak-anak keluar atau orang yang berniat jahat daripada mencerobohi Taska. Hanya ibubapa atau orang yang diamanahkan oleh ibubapa akan dibenarkan untuk mengambil anak-anak di Taska.
- Ibubapa hendaklah menghantar dan mengambil anak mereka di pintu masuk Taska serta menyerahkan mereka kepada pengasuh/guru yang telah sedia menunggu. Adalah tidak digalakkan anak-anak berjalan bersendirian tanpa kawalan ibubapa.
- Ibubapa atau penjaga diharap dapat membenarkan gambar-gambar anak di ambil bagi tujuan promosi, aktiviti atau liputan berkaitan dengan Taska.
Penyakit
Jika anak anda mempunyai apa-apa penyakit atau keadaan berikut, anda mesti memastikan anak anda berada di rumah:
* Demam kuat suhu melebihi 38oC
* Muntah / cirit-birit.
* Jangkitan mata.
* Mana-mana penyakit berjangkit cth chicken pox, campak,
Bergantung kepada penyakit, anda mungkin perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum anak anda kembali ke Taska.
Pendidikan dan Asuhan
- Pengusaha, Penyelia dan Pengasuh berhak untuk menegur, menasihati, mengajar serta memperbetulkan sikap dengan pendekatan yang difikirkan sesuai ke atas anak-anak yang bersikap agresif, nakal ataupun mempunyai akhlak yang tidak baik.
- Ibubapa / penjaga juga diminta tidak memarahi, menengking, merotan, memukul anak anda atau pengasuh Taska semasa menghantar atau mengambil anak anda di Taska setiap hari. Ini akan mempengaruhi proses tumbesaran anak dan memberi tekanan kepada mereka. Segala aduan atau maklumbalas boleh berhubung terus dengan pengusaha.
- Guru/Pengasuh tidak dibenarkan mencubit, memukul mendera atau memberi sebarang hukuman yang boleh mendatangkan kecederaan terhadap anak-anak. Sebarang permasalahan yang berlaku hendaklah diberitahu kepada pihak Pengurusan Taska
- Ibubapa yang mendapat sebarang maklumat daripada kanak-kanak tentang pendidikan yang agresif seperti penderaan atau penghinaan, diharap menghubungi pihak Pengurusan Taska dengan segera supaya ianya dapat dibincangkan dengan baik serta berusaha mencari penyelesaian yang profesional dan bukannya membuat tindakan yang melulu atau dengan pendekatan negatif.
- Pihak Pengurusan Taska tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas guru /pengasuh yang mendera atau menghina anak-anak jagaan Taska sekiranya didapati kebenarannya.
- Jika anda merancang untuk menjaga anak anda di rumah kerana sakit atau apa-apa sebab lain, anda dinasihatkan untuk memaklumkan kepada kami, ini untuk memudahkan kami membuat persediaan dan merancang untuk penyediaan makanan.
- Jika ibubapa berhasrat untuk mengambil anak mereka lebih awal daripada biasa contohnya untuk temujanji doctor atau lain-lain, sila maklumkan kepada kami supaya anak anda dapat disiapkan terlebih dahulu.
Cuti
- Taska akan ditutup pada hari cuti umum yang diisytiharkan oleh kerajaan negeri Selangor dan kerajaan Persekutuan. Sila rujuk kepada kalendar.
- Pra-sekolah akan ditutup selaras dengan cuti sekolah di Malaysia.
- Taska akan ditutup tidak melebihi 10 hari untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Ibubapa akan menerima notis bertulis sekurang-kurangnya 14 hari untuk memaklumkan tarikh yang tepat.
Pemberhentian
- Ibu bapa mempunyai hak untuk menamatkan perkhidmatan bagi apa-apa sebab, dikehendaki memaklumkan kepada pihak Taska dalam tempoh 2 minggu .Semua pembayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan.
- Pihak pengurusan Taska berhak memberhentikan anak jagaan yang tidak boleh bekerjasama, tidak berdisiplin dengan merosakkan harta benda Taska dengan sengaja. Ibubapa yang selalu memburuk-burukkan guru/pengasuh dan berniat tidak baik, yang sentiasa mengambil tindakan tanpa usul periksa dan sebagainya.
- Kami akan berusaha untuk memastikan keselamatan anak anda setiap masa, walau bagaimanapun kami tidak dapat menjamin bahawa kemalangan tidak akan berlaku.
- Dalam kes kecederaan serius akibat kemalangan yang melibatkan anak anda, anda akan dihubungi dengan segera. Jika tidak dapat dihubungi, anak anda akan dibawa ke klinik atau pusat perubatan terdekat.